Monday, April 26, 2010

Al-fatihah

Kita baru saja dikejutkan dengan pemergian AJK KRT Jalan Sama Gagah, Supian Salman..
Hari ni, kita dikejutkan lagi dengan pemergian isteri beliau Fairuz Mohamad Sarip..

Arwah Fairuz yg terlantar sejak 2 minggu sudah di unit rawatan rapi (ICU), selepas kemalangan tempuh hari, telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 12.50 tengahari tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Bersama-samalah kita berdoa agar roh beliau diletakkan disisi roh orang-orang yang beriman dan soleh...

Al-Fatihah....

Thursday, April 15, 2010

E-Mail fm our AJK - Mahanim

Terlalu berat untuk menerimanya, tapi itulah ketentuan illahi, Allah lebih menyayangi .... mereka bukan sekadar jiran tetapi sahabat kita yg terapat .....
terlalu banyak suka duka yg kami kongsi bersama fairuz & pyan
tidak dinafikan ramai sahabat2 yg baik di ttgi ... tetapi fairuz adalah sahabat yg paling rapat dan istimewa pada saya. Terlalu banyak cerita suka duka yg kami kongsi bersama. Keserasian yg sukar utk diperolehi.
Berita kemalangan 10hb memang benar2 menghancur luluhkan hati kami ... inilah rutin kami bersama arwah & firuz ..
Jumaat atau sabtu malam adalah masa perjumpaan kami ... bayangkan kadang2 smpai 2 pagi.., makan bersama di mansuria, wahida, pelita, fatihah, abg leman ... kadang2 tengah malam "bang jom kuar ... gi makan ..." Selepas ini tiada lagi panggilan sebegini lagi..
semua program yg jw jayakan pasti fairuz merupakan antara tunggak utama saya .... beliaulah yg selalu menasihati saya sendainya saya hampir menyerah kalah dlm melaksanakan satu2 program kita..........mungkin umur kami tidak jauh beza memudahkan keserasian diantara kami ..beliaulah antara yg paling kuat membantu tenaga dlm setiap program ... Bayangkan ... adakah saya mampu utk melaksanakan progrm lagi tanpa beliau ..... saya tak cukup kuat untuk semua itu.... ikhlas saya kata .... untuk pandang dewan pun saya tak mampu kerana terlalu banyak kenangan bersama beliau & arwah ...
Siapa yg berada bersama kami .. sewaktu dewan di ceroboh oleh kitoi & geng ? dan sama2 berada dgn kami .. Pyan & fairuzlah. Kenangan tidur di kampung pyan & firuz (sentiasa menjd perbualan anak2 kami)
pasti kalian juga tahu !!! bagaimana mudah saya melupakan mereka...setiap detik ... saya teringatkan mereka ....dan setiap hari balik kerje saya akan melalui tmpt kemalangan yg meragut nyawa sahabat kita ...Allahuakbar !!! besar dugaan nie...bagaimana saya saksikan maisara mengigil ketakutan & trauma di icu, shahir ...dan kakak yg tak putus2 menghubungi saya ... "Cik anim abah mama macam mana? .. diorang cedera ke? bertubi2 panggilan dari kakak ... mengigil saya .... tak terluah utk dilafazkan ..hingga akhirnya persoalan tu kakak sendiri yg uraikan ... "abah dah tak de...." Ketika itu tuhan saja yg tahu hati & perasan saya. Bagaimana di saat pyan dikebumikan.. kakak, maisara & wan berpelukkan ... meratapi nasib mereka ..
Ya Allah sesungguhnya hamba mu terlalu kerdil dlm menghadapi semua ini... berikan hamba mu ini kekuatan Ya Allah ...
Mengapa kami tidak berpindah ?? dan sanggup berulang alik? salah satunya kerana sayang untuk meninggalkan mereka sahabat keluarga terapat dgn kami .... Arwah pernah kata "alah bukan jauh sangat ...lama2 biasalah tu.. sampai hati ke nak tinggalkan kami..
sekarang pyan dah tak de .....
Hanya doa yg mampu diberi utk fairuz agar terus dpt bersama anak2 mereka .. AMIN

E-Mail fm our AJK - Rashimi

rajan, u telah jatuhkan air mata i. sedih bila kenangkan kenangan bersama Pyan.
Dia pernah kata, cikgu dah pergi, abg saiful pun mungkinakan pergi,... TINGGAL LAH SAYA SORANG2.

E-Mail fm our AJK - Rajan

Basically, everyday I reverse my car out in the morning ,, we angkat tangan , smile , and sometimes a brief chat ,
while she sweeps the dry leaves.... then we both are off to work .
In the evenings , the same repeats... this time the chat may drag to tea talk in the nights .. sometimes join by other of our kakis .
Now .. everyday Santhy & I peep thru my master bedroom curtain at his house with fond memories , controlling the tears in our eyes and the pain in our hearts...
and in the evening I go thru this heart pain again.
That blasted Saturday night is one disastrous nite , which devasted my mind n heart..
To be honest , my father was down with brain cancer went into stroke and died in 15th April 1997 ... tmrow is his death 13th anniversary.
But that day in 1997 , believe me I did not cry or shed a single tear as I knew well his time has come to go to the Lord,,,
but on that fateful nite I just could not hold my tears , and the next morning on Sunday when I walked into Blue Ward and saw his little boy with face swollen ,
I argued with the nurse that that's not him .. and they convinced me when he nodded that he knows me when the nurse asked -
" you kenal in uncle " - boy or boy - this kid plays with my son ,, I was devasted again ,, my tears went dry.
He told me not to Sunat my son yet , as he wants me to do it for my boy this end year during the berkhatan together with his son & Pul's son.
He told me that lets break the bench which we made together , but which is decaying in my outside garden , and remake a new one.
He told me to follow him overnight fishing.
He told me that he will drive me to his kampung in Teluk Intan to visit by using his new car.
But lastly, he was driven back forever to his kampung in a hearse ..... leaving me with memories .
This Monday 12th - 2 days ago , Santhy and a couple of indian ladies went to GH to see his wife ....
sorry friends I did not go with my wife because frankly I dare not , and want to keep her beautiful face memory and I can't afford to shed another tear ..
bcos Santhy and I are praying everyday to our God , as to offer us a miracle recovery for her .. for the sake of her children.
Life got to go on.. for these children.
We shall work together in good and bad times.
you all know ... each time time all want to meet - up ... we just used to say .. " at Pyan's tonite " .. but now we just pray and let him rest in peace in Syurga.

Wednesday, April 14, 2010

Harian Metro - 12/04/2010

myMetro

Hati saya tak keruan

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/12

“Hati saya jadi tak keruan tertanya-tanya apa yang berlaku. Tekaan saya tepat apabila seorang saudara beritahu, keluarga saya terbabit kemalangan maut,” kata Nur Hafizah Supian, 18, ketika ditemui di rumah mayat HTAR di sini, semalam.


Dia anak sulung Allahyarham Supian Salman, 41, yang maut selepas kereta Honda Civic yang dipandunya bertembung sebuah Proton Iswara yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan di Kilometer 12, Lebuh raya Kesas menghala Pelabuhan Barat di sini, kelmarin.


Turut terkorban dalam kejadian itu empat sahabat baik yang menaiki Proton Iswara.


Nur Hafizah berkata, ketika kejadian, kereta yang dinaiki ayah, ibu dan dua adiknya dalam perjalanan pulang ke Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, selepas menghantarnya untuk menemani neneknya yang dirawat di Hospital Selayang, dekat sini, kerana jangkitan kuman pada paru-paru.


“Saya bertolak ke Hospital Selayang kira-kira jam 4.30 petang dan ayah sempat duduk sana kira-kira sejam sebelum bertolak pulang.


“Itu kali terakhir saya bertemunya sebelum dia meninggalkan saya buat selama-lamanya,” katanya pilu.


Ditanya perubahan pelik yang berlaku ke atas ayahnya, Nur Hafizah berkata, tiada perubahan ketara ditunjukkan ayahnya, namun sejak kebelakangan ini, ayahnya suka menderma.


“Biasanya kalau ada orang minta duit, dia akan bagi tanpa banyak soal,” katanya.


Turut terbunuh dalam kejadian itu, empat lelaki yang menaiki Proton Iswara iaitu, N Vickneswaran, 19, Abdul Ahmad Mohamed Burukhan Rahim, 17, M Karthik, 16 dan C Vickneswaran, 15, manakala dua lagi penumpang dalam kenderaan itu dikenali sebagai dua lagi mangsa iaitu Syaril Saszean Supian, 10, dan Norizan, 13, masih dirawat di wad pemerhatian.


Isteri Supian, Fairuz Mohamad Sharip, 41, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR, anaknya, Syaril Saszean Supian, 10, dirawat di wad pemerhatian, manakala seorang lagi, Aisyah Maisara Supian, 6, dibawa pulang oleh keluarga ayahnya atas kebenaran doktor.


Kakak Supian, Sabariah Salman, 44, berkata kali terakhir dia berjumpa adiknya itu ialah kira-kira jam 5.30 petang di Hospital Selayang.


“Sebelum dia pulang, saya ada mengajaknya minum, tetapi dia menolaknya kerana ada urusan lain.


“Arwah anak tunggal lelaki daripada tujuh beradik dan kehilangannya sukar diganti,” katanya.


Sabariah berkata, arwah juga sempat menyuarakan hasratnya mahu menjelaskan semua bil hospital sebelum dia pulang.


Sementara itu, Muhamad Burhan Rahim, 48, bapa Abdul Ahmad Burukhan Rahim, berkata ketika kejadian, anaknya dalam perjalanan pulang dari Pulau Indah selepas mengajar taekwondo di sebuah sekolah di situ.


“Arwah anak saya pemegang tali pinggang hitam dan pada hujung minggu dia biasanya akan ke sekolah untuk mengajar taekwondo.


“Dia anak sulung daripada lima beradik dan anak harapan, tetapi hari ini (semalam) dia meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya yang bekerja sebagai peniaga roti canai di Seksyen 16, Shah Alam.


Bapa saudara, mendiang N Vickneswaran, Dr P Aathy, 57, berkata mendiang anak bongsu dari dua beradik dan seorang yang berdisiplin.


“Malah esok (hari ini) dia ada temuduga untuk masuk polis. Tapi cita-citanya itu hanya tinggal impian,” katanya.


Manakala kedua Ibu bapa Vickneswaran yang tinggal di Pantai Dalam tidak dapat ditemubual berikutan sebak kehilangan anak bongsunya itu.


Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara The New Straits Times Press (M) Berhad

E-Mail fm our AJK


Dear friends,
We have been hit with big bomb in our heart when our very very very good friend Pyan had left us forever and his loving wife is now lying in bed unconcious at HTAR ICU and still in critial stage...
10/4/2010 @ 21.00, I can't believe my ears when RM told " Pyan sudah meninggal" when I was in front of Pyan's house. In disbelieve I drove back to my house to fetch Hanim and told her the same. And both of us in disbelieve drove to HTAR and to try to call Wan's handphone but no answer. Then Fiza called asking what has happen which both of us coudn't answer. After that, after lots of trying to call Wan, finally he answer and tell that he is in hospital, and he tell that both Pyan and Fairuz together with Shahir and Maisara involved in accident and he says that "Ayah dah meninggal". Hanim cried, my heartbeat stop for a while and my tears starts rolling down...I don't believe until I reached HTAR and went into A&E where I asked the nurse where to locate pyan and his families, and was told that they were all in emergency room RED ZONE.
I rush to the RED ZONE only to find Shahir lying in bed with swelling face and Maisara being accompanied by passers by who helped them at the accident scene and once again was told that Pyan had passed away on the way to HTAR....and my tears drops down again....and still my tears drop while writing this.....I have lost such a very good friend and also to some of us....
JW is going to recite Yassin (ladies only) at late Pyan's house this Friday nite, and on Saturday nite planned to call Tahfiz student to recite 30 Juzuk of the Holy Quran.
Let us all pray for Fairuz for her recovery and to be well as before for the sake of their childrens..
With regards to Ping Pong table, Kamarul just called to confirm the undertaking...where booked 2 table for RT and payment to be made by next week. So we need to call for meeting or maybe the 1st EXCO meeting since I've received approval letter from JPN...see attachment..
Still we are in grieve, but we have to move on with our life and carry out our duty as elected committee member of RT...
Sahipul

Sunday, April 11, 2010

AJK KRT Jalan Sama Gagah kemalangan maut - Supian Salman


5 maut, 5 parah kereta bertembung di Kesas
Apr 11, 10 9:15am
Lima maut manakala lima lagi cedera parah selepas dua buah kereta bertembung dalam satu kemalangan di Lebuhraya Kesas berhampiran Pendamar dekat Shah Alam malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, empat daripada enam sahabat meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat sekeluarga. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Klang, DSP Rosli Abdul Rahman berkata empat mangsa itu belum dikenal pasti manakala seorang lagi yang terkorban ialah pemandu Honda Civic dikenali sebagai Supian Saliman, 41. Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, katanya kepada Bernama. Rosli berkata daripada lima yang cedera, dua adalah kanak-kanak iaitu Aisyah Maisara, enam tahun dan abangnya, Syaril Saszean, 10, dan ibu mereka, Fairuz Mohamad Sharip, 41. Dua lagi mangsa belum dikenal pasti, katanya. Beliau berkata berdasarkan pakaian mereka keenam-enam sahabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Pulau Indah menuju ke Shah Alam selepas mengikuti latihan taekwando. Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki enam remaja lelaki berusia antara 13 dan 21 tahun itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan. Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta remuk dan mayat mangsa tersepit sehingga terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat, katanya.