Thursday, May 29, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU TTGI 2008

Ahli Jawatan Kuasa Jiran Wanita KRT Jalan Sama Gagah,
telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Ibu 2008, peringkat taman yang berlansung pada
31hb Mei 2008, di Dataran TTGI.

Majlis yang bermula seawal jam8.30 pagi itu, telah dirasmikan oleh YB HJH DR. Halimah Bt Ali

Antara aturcara yang telah diadakan pada hari itu ialah :

1. Anugerah Ibu Contoh TTGI 2008
2. Anugerah Ibu Tunggal TTGI 2008
3. Pertandingan Masakan
4. Sukaneka
5. Cabutan nombor bertuah.

Majlis yang dihadiri hampir 60 orang penduduk TTGI, berakhir jam 12.30 tengahari.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar "Hari Ibu TTGI 2008" sila klik di URL di bawah ini.

http://picasaweb.google.com/TTGI08/HariIbuTTGI2008

PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA

Sila klip ke URL di bawah untuk salinan penuh PERATURAN-PERATURAN PERLU (RUKUN TETANGGA)

http://www.parlimen.gov.my/transfer/PERATURAN%20PERLU%20_RUKUN%20TETANGGA_%201975.pdf

Video klip aktiviti KRT Jalan Sama Gagah, 2006 - 2007

Sila klik URL di bawah untuk tonton video klip

http://video.google.com/videoplay?docid=4811675915939091498

Tuesday, May 27, 2008

Kempen Hari Kesihatan TTGI 2008

Tarikh : 24hb Mei 2008

Tempat : Dewan TTGI


Majlis yang diusahakan dengan jayanya oleh ahli jawatan kuasa JIRAN WANITA, KRT Jalan Sama Gagah, mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari warga TTGI. Dengan kehadiran lebih kurang 200 orang.

Antara acara-acara yang telah diadakan pada hari tersebut adalah :

1. Kempen derma darah - Dikendalikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

2. Pemeriksaan kesihatan percuma - Dikendalikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

3. Pemeriksaan kesihatan wanita percuma - Dikendalikan oleh LPPKN, Pelabuhan Klang.

4. Pamiran Kesihatan oleh LPPKN, Pelabuhan Klang.

5. Pertandingan mewarna kanak-kanak yang berumur diantara 4 hingga 12 tahun.

6. Pertandingan "Treasure Hunt" untuk kanak-kanak berumur diantara 7 hingga 17 tahun.

7. Jualan "Jumbo Sale"

Pihak Jawatan Kuasa Rukun Tetangga, Jalan Sama Gagah berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan, warga-warga TTGI, yang telah terlibat dalam menjayakan "KEMPEN HARI KESIHATAN TTGI 2008" tersebut.

Gambar-gambar sepanjang hari tersebut, boleh dilihat di halaman "Slide Show" (sila klik kiri di slide show untuk melihat gambar besar)