Tuesday, May 27, 2008

Kempen Hari Kesihatan TTGI 2008

Tarikh : 24hb Mei 2008

Tempat : Dewan TTGI


Majlis yang diusahakan dengan jayanya oleh ahli jawatan kuasa JIRAN WANITA, KRT Jalan Sama Gagah, mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari warga TTGI. Dengan kehadiran lebih kurang 200 orang.

Antara acara-acara yang telah diadakan pada hari tersebut adalah :

1. Kempen derma darah - Dikendalikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

2. Pemeriksaan kesihatan percuma - Dikendalikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

3. Pemeriksaan kesihatan wanita percuma - Dikendalikan oleh LPPKN, Pelabuhan Klang.

4. Pamiran Kesihatan oleh LPPKN, Pelabuhan Klang.

5. Pertandingan mewarna kanak-kanak yang berumur diantara 4 hingga 12 tahun.

6. Pertandingan "Treasure Hunt" untuk kanak-kanak berumur diantara 7 hingga 17 tahun.

7. Jualan "Jumbo Sale"

Pihak Jawatan Kuasa Rukun Tetangga, Jalan Sama Gagah berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan, warga-warga TTGI, yang telah terlibat dalam menjayakan "KEMPEN HARI KESIHATAN TTGI 2008" tersebut.

Gambar-gambar sepanjang hari tersebut, boleh dilihat di halaman "Slide Show" (sila klik kiri di slide show untuk melihat gambar besar)










No comments: