Tuesday, March 31, 2009

Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Harian Metro 10hb Mar 2009 - Kejadian yang tak di ingini di kawasan TTGI


Maut depan rumah ditetak 4 lelaki

KLANG: Tidak puas hati berhubung pembelian kereta dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki di hadapan rumahnya di Taman Telok Gadong Indah, Pandamaran, di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa yang juga penjual kereta, S Karthiravan, 21, dikatakan didatangi empat lelaki sebelum diserang dan ditetak bertubi-tubi mengakibatkan dia mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan kanan.Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum disahkan meninggal dunia, lima jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata siasatan awal mendapati ia berkemungkinan berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila kereta suspek diambil mangsa.“Ini kerana, mangsa dikatakan menjual sebuah kereta jenis Proton Satria kepada seorang lelaki dikenali sebagai Jegan, tiga bulan lalu melalui cara sambung bayar tanpa melakukan pemindahan hak milik.“Disebabkan gagal membayar ansuran bulanan, mangsa mengambil semula kereta itu,” katanya di sini, semalam.Berikutan itu, lelaki terbabit tidak berpuas hati sebelum dia bersama tiga lagi rakannya bertindak menyerang menggunakan parang sehingga membawa kepada kematian mangsa.Mohamad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.50 pagi semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.“Tiada senjata ditemui dan usaha mengesan empat suspek terbabit giat dilakukan. Kita yakin mereka masih berada di sekitar daerah ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Klang untuk tindakan lanjut,” katanya.Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

Lawatan JW / RT Jalan Sama Gagah ke rumah anak-anak yatim Sekendi di Sinar Harian 10 Mar 2009


Friday, March 6, 2009