Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
VISI
         
          MEMBANTU DALAM PEMBENTUKAN SATU BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU DALAM            KONTEKS PENCAPAIAN WAWASAN 2020
         
          MISI
         
          MEMUPUK KESEFAHAMAN DAN TOLERANSI KE ARAH PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA            YANG BERSATUPADU SERTA BERIDENTITI SENDIRI
         
          OBJECTIVE
         
          MEMELIHARA, MENINGKAT DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN RAKYAT DAN
          INTEGRASI NASIONAL SELARAS DENGAN DASAR-DASAR            PEMBANGUNAN NEGARA
          BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN RUKUNEGARA
          
          MOTO
         
          BERSATU TERUS MAJU
| PROSES                  PERPADUAN NEGARA MELALUI RUKUN TETANGGA | 
| SEPAKAT                  MEMBAWA BERKAT | 
| PERPADUAN                  MASYARAKAT | 
|  | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| PENGERTIAN KEJIRANAN Kejiranan adalah semangat ingin untuk hidup bersama, berbaik-baik, saling hormat menghormati dan bantu membantu sesama jiran tetangga ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara melalui persatuan-persatuan sosial setempat seperti Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan lain-lain. 
 
 NILAI NILAI MURNI 
 HAK-HAK JIRAN Mengikut perspektif Islam: 
 
 Mereka meliputi keluarga sendiri; mereka yang tinggal berhampiran dengan rumah kita dan mereka yang tinggal di kawasan sejiran serta kenalan anda. | 
Patutkah            anda melibatkan diri anda dalam hal kebajikan dan kemasyarakatan di            kawasan anda?
       
         Sebagai jiran, anda sewajarnya melibatkan diri dalam segala            perkara yang mendatangkan kebaikan pada anda dan jiran-jiran serta kawasan            anda.
       
         Sumbangan anda adalah diperlukan dalam menjalankan kegiatan-kegiatan            seperti berikut: 
|  | Gotong-royong membersihkan sekitar kawasan rumah anda atau melaksanakan lain-lain kegiatan yang memerlukan penglibatan yang ramai. | 
|  | Anda boleh berhubung dengan kerajaan tempatan untuk mendapatkan kemudahan dari segi pengangkutan sampah, alat-alat memotong rumput dan lain-lain. | 
|  | Mencurahkan tenaga anda kepada jiran-jiran anda yang ingin mengadakan upacara keramaian, kenduri, jamuan dan lain-lain. | 
|  | Mendapatkan kerjasama jiran tetangga dalam usaha membantu jiran yang ditimpa kemalangan atau bencana alam dengan cara menyumbangkan tenaga, wang ringgit atau perlindungan. | 
|  | Megadakan “newsletter, papan kenyataan atau poster untuk menyalurkan segala berita, aktiviti, bantuan yang diperlukan atau apa-apa kenyataan yang memberikan faedah kepada penduduk sejiran. | 
| 
 | 
KEAMANAN DAN KESELAMATAN
Apakah peranan anda dalam menjaga keamanan dan keselamatan kawasan anda?
Sebagai jiran yang bertanggungjawab, khidmat anda diperlukan dalam perkara-perkara berikut:
| 1. | Memerhati dan sentiasa berwaspada supaya keadaan keamanan tidak terganggu | 
| 2. | Bertindak dengan seberapa segera bila berlaku pergaduhan antara jiran tetangga. | 
| 3. | Sentiasa berhubung rapat dengan Polis dan Pemadam dalam usaha membanteras kegiatan-kegiatan anti-sosial yang mengancam keamanan penduduk. | 
| 4. | Mengesan punca-punca jenayah yang dilakukan, memahami sebab-musababnya jenayah dilakukan dan mengambil tindakan positif untuk mengatasinya | 
| 5. | Membuat                rondaan secara sukarela jika sesuatu jenayah itu kerap berlaku. | 
Siapakah Ketua Jiran
Ketua Jiran adalah seorang ketua yang dilantik oleh seseorang Pengarah bagi mewakili sesuatu deret jalan, lorong, tingkat, unit kemastautin perumahan yang telah ditetapkan untuk menjalankan tugas-tugas, kewajipan dan kuasa Ketua Jiran.
Unit kemaustatin akan ditetapkan melalui perundingan antara seseorang Pengarah dengan sesebuah Jawatankuasa.
| JAWATANKUASA                    RT | 
| KETUA                    JIRAN | 
| UNIT                    KEMASTAUTIN | 
Tugas-tugas Ketua Jiran
Alat Perantaraan pemaustatin dalam satu unit kemastautin dengan Jawatankuasa RT.
Menyampaikan segala masalah dan aduan dari unit kemastautin ke pengetahuan Jawatankuasa Rukun Tetangga.
TUNAS JIRAN
CAWANGAN            TUNAS JIRAN
         
          merangkumi            golongan kanak-kanak peringkat usia Tabika sehingga Sekolah Rendah.
Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada golongan kanak-kanak berinteraksi dan berkenal-kenalan antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Tabikarama
          2. Pertandingan Melukis dan Mewarna
          3. Rekreasi
          4. Sukan
          JIRAN MUDA
CAWANGAN            JIRAN MUDA 
         
          ditubuhkan di Kawasan Rukun Tetangga untuk melibatkan golongan remaja            di dalam kegiatan/aktiviti kejiranan. Sebagaimana Jiran Wanita ianya            memberi peluang kepada golongan remaja berinteraksi, berkenal-kenalan            antara satu sama lain melalui aktiviti/ kegiatan yang dirancang serta            dilaksanakan khusus untuk faedah golongan remaja dalam kawasan sejiran.
Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti berikut:
- Kelas            Bimbingan
          - Kelas Kemahiran Vokasional/Kraftangan
          - Khemah Kerja
          - Bengkel Peperiksaan
          - Aktiviti kebudayaan/Kesenian
          - Lawatan Sambil Belajar
JIRAN WANITA
CAWANGAN            JIRAN WANITA 
         
          ditubuhkan di kawasan Rukun Tetangga untuk memberi peluang kepada kaum            wanita setempat berinteraksi dan berkenal-kenalan antara satu sama lain            melalui berbagai aktiviti/kegiatan yang dirancangkan dan dilaksanakan            khusus untuk faedah kaum wanita dalam kawasan sejiran.
Berbagai            aktiviti boleh dilaksanakan seperti berikut:
         
          - Kelas masakan/gubahan/jahitan/kraftangan
          - Ceramah Kesihatan/Kekeluargaan/Keibubapaan
          - Taman Asuhan Jiran Wanita
          - Projek-Projek Khas untuk meningkatkan pendapatan wanita
          JIRAN USIA EMAS
Penubuhan CAWANGAN JIRAN USIA EMAS di Kawasan Rukun Tetangga bertujuan untuk melibatkan golongan Usia Emas di dalam kegiatan/aktiviti kejiranan. Di samping memberi peluang kepada golongan ini berinteraksi antara satu dengan yang lain, ianya juga membuktikan bahawa mereka merupakan golongan yang masih dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara serta tidak merasa tersisih.
Berbagai kegiatan boleh dialaksanakan khusus untuk mereka antaranya ialah:
- Majlis            Perjumpaan Muhibah
          - Taichi
          - Khidmat Tenaga Pengajar Sukarela
          - Khidmat Kaunseling
No comments:
Post a Comment