Thursday, June 25, 2009

Jiran Muda @ Sinar Harian




Jiran Muda aktif bentuk remaja cergas


KLANG – Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Sama Gagah menganjurkan Kejohanan Futsal di Pusat Futsal Pelabuhan Klang, di sini.

Timbalan Pengerusi Jiran Muda, Mohd Iqmal Khairullah berkata, kejohanan ini adalah kali pertama yang diadakan dan turut mendapat sokongan daripada KRT dan Jiran Wanita.

"Jiran Muda KRT ini masih baru ditubuhkan, dengan mengadakan aktiviti ini adalah satu cara untuk kita menarik golongan belia terutamanya untuk sama-sama menyertai aktiviti sihat sebegini.

"Selain itu, kami juga turut ingin merealisasikan impian kerajaan dalam melahirkan remaja yang sihat dan cergas yang bakal mewarisi generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya.

Katanya, dengan adanya kejohanan seperti ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan penduduk setempat malah perpaduan antara kaum juga dapat terbentuk.

"Kami menimba pengalaman berguna dan banyak perkara yang dapat dipelajari sewaktu menganjur program ini, ianya memerlukan perancangan dan pengurusan yang teliti dan yang paling penting adalah kerjasama di dalam satu pasukan.

"Kami harap selepas ini semua lapisan masyarakat dan kaum tidak kira Melayu, India dan Cina dapat sama-sama turun padang untuk menyertai program lain yang akan diadakan.

"Antara program yang akan kami rancang pada masa hadapan adalah seperti, perkhemahan remaja, program khidmat masyarakat dan kesukanan. Apa yang menjadi keutamaan kami dan KRT adalah untuk sama-sama mengembeling tenaga memeriahkan taman kami ini dengan pelbagai program yang sihat," katanya.


Windows Live™ SkyDrive™: Get 25 GB of free online storage. Get it on your BlackBerry or iPhone.

1 comment:

history145 said...

Like your blog.

Vaden Chandler
The Arete' Blog
www.ordinary80.blogspot.com