Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
VISI
MEMBANTU DALAM PEMBENTUKAN SATU BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU DALAM KONTEKS PENCAPAIAN WAWASAN 2020
MISI
MEMUPUK KESEFAHAMAN DAN TOLERANSI KE ARAH PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU SERTA BERIDENTITI SENDIRI
OBJECTIVE
MEMELIHARA, MENINGKAT DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN RAKYAT DAN
INTEGRASI NASIONAL SELARAS DENGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN RUKUNEGARA
MOTO
BERSATU TERUS MAJU
PROSES PERPADUAN NEGARA MELALUI RUKUN TETANGGA |
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT |
PERPADUAN MASYARAKAT |
PENGERTIAN KEJIRANAN Kejiranan adalah semangat ingin untuk hidup bersama, berbaik-baik, saling hormat menghormati dan bantu membantu sesama jiran tetangga ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara melalui persatuan-persatuan sosial setempat seperti Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan lain-lain.
NILAI NILAI MURNI
HAK-HAK JIRAN Mengikut perspektif Islam:
Mereka meliputi keluarga sendiri; mereka yang tinggal berhampiran dengan rumah kita dan mereka yang tinggal di kawasan sejiran serta kenalan anda. |
Patutkah anda melibatkan diri anda dalam hal kebajikan dan kemasyarakatan di kawasan anda?
Sebagai jiran, anda sewajarnya melibatkan diri dalam segala perkara yang mendatangkan kebaikan pada anda dan jiran-jiran serta kawasan anda.
Sumbangan anda adalah diperlukan dalam menjalankan kegiatan-kegiatan seperti berikut:
Gotong-royong membersihkan sekitar kawasan rumah anda atau melaksanakan lain-lain kegiatan yang memerlukan penglibatan yang ramai. | |
Anda boleh berhubung dengan kerajaan tempatan untuk mendapatkan kemudahan dari segi pengangkutan sampah, alat-alat memotong rumput dan lain-lain. | |
Mencurahkan tenaga anda kepada jiran-jiran anda yang ingin mengadakan upacara keramaian, kenduri, jamuan dan lain-lain. | |
Mendapatkan kerjasama jiran tetangga dalam usaha membantu jiran yang ditimpa kemalangan atau bencana alam dengan cara menyumbangkan tenaga, wang ringgit atau perlindungan. | |
Megadakan “newsletter, papan kenyataan atau poster untuk menyalurkan segala berita, aktiviti, bantuan yang diperlukan atau apa-apa kenyataan yang memberikan faedah kepada penduduk sejiran. |
KEAMANAN DAN KESELAMATAN
Apakah peranan anda dalam menjaga keamanan dan keselamatan kawasan anda?
Sebagai jiran yang bertanggungjawab, khidmat anda diperlukan dalam perkara-perkara berikut:
1. | Memerhati dan sentiasa berwaspada supaya keadaan keamanan tidak terganggu |
2. | Bertindak dengan seberapa segera bila berlaku pergaduhan antara jiran tetangga. |
3. | Sentiasa berhubung rapat dengan Polis dan Pemadam dalam usaha membanteras kegiatan-kegiatan anti-sosial yang mengancam keamanan penduduk. |
4. | Mengesan punca-punca jenayah yang dilakukan, memahami sebab-musababnya jenayah dilakukan dan mengambil tindakan positif untuk mengatasinya |
5. | Membuat rondaan secara sukarela jika sesuatu jenayah itu kerap berlaku. |
Siapakah Ketua Jiran
Ketua Jiran adalah seorang ketua yang dilantik oleh seseorang Pengarah bagi mewakili sesuatu deret jalan, lorong, tingkat, unit kemastautin perumahan yang telah ditetapkan untuk menjalankan tugas-tugas, kewajipan dan kuasa Ketua Jiran.
Unit kemaustatin akan ditetapkan melalui perundingan antara seseorang Pengarah dengan sesebuah Jawatankuasa.
JAWATANKUASA RT |
KETUA JIRAN |
UNIT KEMASTAUTIN |
Tugas-tugas Ketua Jiran
Alat Perantaraan pemaustatin dalam satu unit kemastautin dengan Jawatankuasa RT.
Menyampaikan segala masalah dan aduan dari unit kemastautin ke pengetahuan Jawatankuasa Rukun Tetangga.
TUNAS JIRAN
CAWANGAN TUNAS JIRAN
merangkumi golongan kanak-kanak peringkat usia Tabika sehingga Sekolah Rendah.
Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada golongan kanak-kanak berinteraksi dan berkenal-kenalan antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Tabikarama
2. Pertandingan Melukis dan Mewarna
3. Rekreasi
4. Sukan
JIRAN MUDA
CAWANGAN JIRAN MUDA
ditubuhkan di Kawasan Rukun Tetangga untuk melibatkan golongan remaja di dalam kegiatan/aktiviti kejiranan. Sebagaimana Jiran Wanita ianya memberi peluang kepada golongan remaja berinteraksi, berkenal-kenalan antara satu sama lain melalui aktiviti/ kegiatan yang dirancang serta dilaksanakan khusus untuk faedah golongan remaja dalam kawasan sejiran.
Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti berikut:
- Kelas Bimbingan
- Kelas Kemahiran Vokasional/Kraftangan
- Khemah Kerja
- Bengkel Peperiksaan
- Aktiviti kebudayaan/Kesenian
- Lawatan Sambil Belajar
JIRAN WANITA
CAWANGAN JIRAN WANITA
ditubuhkan di kawasan Rukun Tetangga untuk memberi peluang kepada kaum wanita setempat berinteraksi dan berkenal-kenalan antara satu sama lain melalui berbagai aktiviti/kegiatan yang dirancangkan dan dilaksanakan khusus untuk faedah kaum wanita dalam kawasan sejiran.
Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti berikut:
- Kelas masakan/gubahan/jahitan/kraftangan
- Ceramah Kesihatan/Kekeluargaan/Keibubapaan
- Taman Asuhan Jiran Wanita
- Projek-Projek Khas untuk meningkatkan pendapatan wanita
JIRAN USIA EMAS
Penubuhan CAWANGAN JIRAN USIA EMAS di Kawasan Rukun Tetangga bertujuan untuk melibatkan golongan Usia Emas di dalam kegiatan/aktiviti kejiranan. Di samping memberi peluang kepada golongan ini berinteraksi antara satu dengan yang lain, ianya juga membuktikan bahawa mereka merupakan golongan yang masih dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara serta tidak merasa tersisih.
Berbagai kegiatan boleh dialaksanakan khusus untuk mereka antaranya ialah:
- Majlis Perjumpaan Muhibah
- Taichi
- Khidmat Tenaga Pengajar Sukarela
- Khidmat Kaunseling
No comments:
Post a Comment